Saya Muhammad Qusyairi Bin Suhaimi yang berasal dari Kuala Terengganu. Saya
suka meluangkan masa saya dengan melakukan aktiviti luar yang mendatangkan
faedah buat diri saya. Saya seorang "Ambivert". Adakala saya luangkan
masa bersama rakan dan keluarga, dan adakala saya lebih selesa bersendirian.Kalau anda tanya apakah hobi saya? Hobi saya terlalu banyak
untuk di kongsikan. Tetapi yang paling utama, saya suka mencuba sesuatu perkara
yang baru. Saya suka blogging tentang tips, ciptaan Allah tentang alam flora
dan fauna, photography, dan banyak lagi. Segala perkara yang saya kongsikan di dalam
blog adalah perkara yang saya gemari. Saya harap anda semua suka dan berpuas
hati dengan cara penyampaian saya. Jangan segan untuk ajukan soalan atau
berkongsi tips kepada saya. InshaAllah (if god wills), saya akan membalas
soalan dan komen anda.
Saya Seorang menuntut ilmu yang belajar pada tahap diploma di dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (POLIMAS) di Jitra,Kedah.Di dalam gambar di atas ialah Gambar Kelas saya sepanjang 6 sem yang kami hadapi.Kami saling bantu membantu antara satu sama lain memenuhi kekurangan masing-masing supaya tiada dikalangan kami yang ketinggalan di dalam pembelajaran.
Pada waktu luar pembelajaran.Kami meluangkan masa bersama melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah pada waktu petang seperti berjogin,bermain badminton,bermain takraw dan bermain futsal.Antara sukan kegemaran kami ialah bermain futsal.kami dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara satu sama lain dengan melakukan aktiviti bersama pada waktu petang.
No comments:
Post a Comment